CERPEN – PABILAKU TUA.
“Wei, Mao! Tunggu akulah! Kau ni tak ingat kawan langsung lepas tonton wayang”, tegur Syasya.
“Ah! Kau ni, best sangatlah cerita tadi tu. Aku rasa ....
macam nak tengok lagi”, kata Mao. Yu Jin dan Pei Li berbual-bual keseronokan di hadapan kami. Lalu aku mencelah.
“Yu Jin, lepas ni kita pergi makan KFC nak tak?”Tanya Mao.
“ Hmmm… bagus juga idea kamu ni. Saya pun tengah lapar, tapi terpaksalah kita melintas sebab KFC kat sebelah sana.” Jawab Yu Jin sambil memegang perutnya yang lapar.
“ Mao, kita order KFC separately boleh tak?” Tanya Pei Li kepadaku.
“ Ok, saya tak kisah pun”, jawabku sambil mengeluarkan senyuman manjaku kepada Pei li.
“Ah, lampu hijau dah berhenti, jom kita lintas.” Kata Syasya.
Sedangku melintas, kumelihat seorang lelaki tua sambil memegang tongkat ingin melintas jalan. Malangnya, dia mengalami kecacatan mata. Oh, Tuhan! Betapa sedih, sayu dan sebaknya hatiku melihat lelaki tua itu.
Ingin saja aku menolongnya tapi….Aku berasa malu untuk melakukannya sedemikian. Tiba-tiba saja, dengan pantasnya badanku bergerak dan mencapai lelaki tua itu.
Tangannya yang sejuk dan lembut kusentuh. Tanpa berfikir panjang kumembawanya melintas.
“ Terima kasih, nak. Ni pakcik nak bagi hadiah sikit sebab tolong pak cik lintas jalan.” Kata lelaki tua tersebut.
“ Takpalah,pakcik... Saya ikhlas tolong pakcik.” Jawab ku. Lalu kuberlari ke arah kawanku. Syasya, Yu Jin, Pei Li tercengang melihat kelakuanku.
“Dahlah,janganlah pandang aku macam tu. Jomlah pergi. Aku dah lapar ni.” Aku berlari kelihatan malu.
Mereka kehairanan melihat perangaiku yang secara tiba-tiba berubah, sedangkan selama ini mereka tahu bahawa aku seorang yang kasar. Dalam keadaan lapar, mereka pun melintas bersama-samaku. Melihat lelaki tua itu, aku tidak dapat menahan perasaan sedihku, lalu tertanam niatku untuk menolongnya.
Aku terfikir pabila ku tua nanti. Bagaimanakah kehidupan ku nanti? Adakah seseorang akan membantuku jika aku dalam kesusahan nanti? Mudah-mudahan aku mendapat rahmatMu, ya Tuhanku!
Hasil karya - Nor Hamizah Hj. Samsul Bahri
No comments:
Post a Comment