SMK METHODIST (ACS) SEREMBAN HOW WELL DO YOU KNOW ABOUT ME? Dengan pengenalan pendidikan Inggeris di negara kita pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, banyak sekolah Inggeris telah didirikan oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Salah sebuah sekolah yang telah diasaskan oleh mubaligh itu ketika itu ialah SMK Methodist (ACS), Seremban. SMK Methodist (ACS) atau dahulunya dikenali sebagai Anglo-Chinese Secondary School (SM Anglo-Chinese) dengan panggilan sekolah ACS saja, merupakan salah sebuah sekolah tertua di Seremban. ACS telah didirikan oleh mubaligh Keristian pada zaman penjajahan Britisah atas permintaan masyarakat Cina tempatan untuk memberikan pendidikan Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Sekolah ACS juga merupakan salah sebuah sekolah yang mempelopori pendidikan campuran di Malaya ketika itu yang terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Selain itu, sekolah ini juga pernah mempunyai tiga tahap pendidikan iaitu pendidikan tadika Methodist, Sekolah Rendah Methodist, dan Sekolah Menegah Methodist. Tambahan pula, di bawah bumbung yang sama, telah diperkenalkan sebuah sekolah lanjutan Anglo-Chinese yang dinamakan sebagai Methodist Afternoon School. Kini, sekolah ACS telahpun menjangkau usia 94 tahun dan hanya tinggal dua tahap pendidikan saja iaitu SR Methodist dan SM Methodist.

Friday, October 23, 2009

TIPS DAN PANDUAN

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
3.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
4.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
5.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
6.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai
warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
7.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
8.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang
berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu.
Jangan terlalu kaku.
9.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi
fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam
melaksanakan sesuatu tugas.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!
SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA
INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI
DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

No comments:

Post a Comment