PSS SMK METHODIST (ACS) SEREMBAN
Jalan Lintang, 70000 Seremban, Negeri Sembilan.
SMK METHODIST (ACS) SEREMBAN HOW WELL DO YOU KNOW ABOUT ME? Dengan pengenalan pendidikan Inggeris di negara kita pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, banyak sekolah Inggeris telah didirikan oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Salah sebuah sekolah yang telah diasaskan oleh mubaligh itu ketika itu ialah SMK Methodist (ACS), Seremban. SMK Methodist (ACS) atau dahulunya dikenali sebagai Anglo-Chinese Secondary School (SM Anglo-Chinese) dengan panggilan sekolah ACS saja, merupakan salah sebuah sekolah tertua di Seremban. ACS telah didirikan oleh mubaligh Keristian pada zaman penjajahan Britisah atas permintaan masyarakat Cina tempatan untuk memberikan pendidikan Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Sekolah ACS juga merupakan salah sebuah sekolah yang mempelopori pendidikan campuran di Malaya ketika itu yang terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Selain itu, sekolah ini juga pernah mempunyai tiga tahap pendidikan iaitu pendidikan tadika Methodist, Sekolah Rendah Methodist, dan Sekolah Menegah Methodist. Tambahan pula, di bawah bumbung yang sama, telah diperkenalkan sebuah sekolah lanjutan Anglo-Chinese yang dinamakan sebagai Methodist Afternoon School. Kini, sekolah ACS telahpun menjangkau usia 94 tahun dan hanya tinggal dua tahap pendidikan saja iaitu SR Methodist dan SM Methodist.
Thursday, October 20, 2011
NILAM
Soalan Lazim Program NILAM Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan. |
Thursday, October 6, 2011
RODA WARNA
A- warna utama/warna asas (merah, biru, kuning)
B - warna kedua/sekunder (ungu, hijau, jingga)
C- warna ketiga/warna tertiar (campuran warna sekunder dengan warna asas)
MURID TG3 DAN TG 5/2011
KEPADA SEMUA MURID TG 3 DAN TG 5
SMK METHODIST (ACS) SEREMBAN,
'SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH (PMR)
DAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)'
SEMOGA KEJAYAAN ANDA MENJADI KEBANGGAAN KAMI WARGA ACS
Tuesday, October 4, 2011
Sunday, August 15, 2010
Friday, April 30, 2010
Sunday, February 7, 2010
Tuesday, February 2, 2010
Tuesday, January 26, 2010
MESYUARAT PSS KALI 1/2010
Mesyuarat ajk Induk PSS telah diadakan pada 15.1.2010 pada pukul 2.30 di perpustakaan. semua pihak pentadbir, ketua-ketua bidang dan ketua panitia hadir dalam mesyuarat ini.
Pada 26.1.2010, pukul 2.30 petang, mesyuarat ajk kerja PSS diadakan di bilik Gerakan sekolah. semua ketua ajk kerja diwajibkan hadir.
Pada 26.1.2010, pukul 2.30 petang, mesyuarat ajk kerja PSS diadakan di bilik Gerakan sekolah. semua ketua ajk kerja diwajibkan hadir.
Wednesday, January 13, 2010
Friday, December 18, 2009
Thursday, December 17, 2009
Friday, November 20, 2009
Monday, November 16, 2009
SARANAN TABIAT MEMBACA
18 Saranan untuk Menanam Tabiat Membaca
Seringkali kita berazam untuk membaca lebih banyak buku atau sekurang-kurangnya cuba menimbulkan minat membaca dalam diri sendiri, tetapi kecundang separuh jalan.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh dicuba, gabungan daripada panduan yang ditulis oleh Leo Babauta dan Kevin Eikenberry (dengan sedikit ubahsuai supaya kena dengan budaya dan persekitaran Malaysia).
1. Tentukan masa ....
Seringkali kita berazam untuk membaca lebih banyak buku atau sekurang-kurangnya cuba menimbulkan minat membaca dalam diri sendiri, tetapi kecundang separuh jalan.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh dicuba, gabungan daripada panduan yang ditulis oleh Leo Babauta dan Kevin Eikenberry (dengan sedikit ubahsuai supaya kena dengan budaya dan persekitaran Malaysia).
1. Tentukan masa ....
Saturday, November 14, 2009
MAKMAL ICT
Oleh sebab sekolah ini merupakan sekolah bantuan modal, jadi PIBG sekolah dengan berbesar hati telah menyumbang sebanyak lebih kurang 50 buah komputer kepada sekolah untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dalam kemahiran ICT.
Subscribe to:
Posts (Atom)